coretan #2 - secebis hidup...

Thursday, January 29, 2009 | 0 Comments

Selalunya bila budak2 sekolah merentas desa mereka akan melalui depan rumahku, merentas desa adalah acara tahunan sekolah tempatku ni dan aku rasa sekolah2 lain pun begitu juga. Bermacam2 ragam yg aku dapat lihat yang kebanyakan budak2 ni sambil berlari sambil bising2-dengan duduk di atas motorku yang cabuk ni aku pun lihat la mereka ni semua merentas desa,riang sungguh mereka berlari2-bermainlah sungguh2 sekarang kerana lepas ni kamu patut menumpukan pelajaran kamu sepenuhnya. Banyak lagi dunia yang kamu belum terokai yang cabarannya sungguh pelbagai. Harap mereka semua dapat menempuh semua cabaran dengan tenang dan bijaksana (aku berkata sendirian kepada budak2 ni).



Di tempat aku ni banyak budak2 sekolah yang terkandas belum sempat pun abis SPM, ada juga yang tak abis PMR lagi dah berhenti sekolah. Alasannya ialah malas, nak bekerja nak tolong keluarga. Perkara begini biasa di tempat aku, maklumlah kampung. Dulu aku pun pernah terfikir nak berhenti sekolah untuk meringankan beban emak aku, sebab emak aku tidak bekerja dan hanya bergantung dengan duit pencen yang tidak cukup menampung kos sara hidup. Itu pun nasib baik ada pencen, kalau tidak emak aku tidak punyai apa2 sumber kewangan. Ini semua adalah sebab kebijaksanaan arwah abah aku sebelum abah meninggal dunia 17 tahun lalu. Arwah abah adalah seorang guru agama, selepas abah pencen, abah ditimpa barah hati. Tapi aku tengok abah senyum je bila aku melawatnya di hospital,tiada wajah kesakitan dan kerisauan sehinggalah abah meninggal dunia. Sebelum abah meninggal dunia, abah telah letak nama emak untuk penerima pencen. Dengan duit pencen tu la emak membesarkan anak2nya dicampur dengan bantuan abang2 dan kakak2. Aku pun tidak mahu cerita banyak2 tentang kisah emak aku, kerana ia akan membuatkan air mataku mengalir walaupun aku hanya fikir tentang semua penat lelah emak selama ini. Suatu yang aku kagum tentang emak aku ialah mengenai kesetiaan emak terhadap arwah ayah.
Tidak mencari lain ialah salah satu, tapi yang aku rasa yang menyebabkan emak aku ni tiada tandingan siapa2 di dunia ni ialah setiap hari emak akan baca doa/tahlil untuk arwah abah-setiap hari,setiap malam.Semua tu sudah berlaku sejak abah meninggal dunia 17 tahun lalu!!. Kadang2 dua kali sehari emak membaca tahlil untuk arwah abah-pagi dan malam dimana emak akan bertahlil berulang2 sehingga 2 jam lamanye.(mana ko tau ko bukannya ada kt umah selalu?) (^_^) . Bila aku balik cuti semester aku tanyala adik aku, adik aku selalu ada kat sisi emak aku. Emak baca tahlil dalam suara yang sederhana yang bole didengari oleh aku yang berada dalam bilik. Adakah isteri begini lagi dalam dunia ni?mungkin ada tapi tidak banyak, kerana jika suami membimbing isteri mereka dengan betul dan tidak meninggalkan aspek2 agama islam dalam kepimpinan mereka. Insyaallah~ Wallahualam. (-_-*)



0 comments:

Post a Comment

About