Aku menulis coretan ini adalah disebabkan aku hendak menerangkan dengan lebih "terang" kenapa ciri2 bakal isteri aku adalah "old fashion".Ini kerana pemikiran aku adalah jauh berbeza dengan rakan2 yang lain yang sebaya dengan aku. Kebanyakan apa yang aku fikirkan boleh dikatakan ketinggalan zaman-begitu jugalah dengan "taste" aku. Aku tak kisah dengan apa yang orang lain nak kata tentang diri aku ini, selagi ia tidak melanggar syarak. Apa yang aku nal ceritakan disini adalah tentang ciri2 wanita yang menjadi idaman aku,ia adalah satu yang mustahil hendak dicapai,kerana ciri2nya terlalu "complicated",aku rasa dah tak ada lagi sekarang ni, kalau ada pun rasanye terlalu susah nak cari-herm (mengeluh). Ciri2nya yang perlu ada bakal isteri aku ialah 1)pakai tudung 2)sanggup tinggal dengan mak mertua(maksudnye dgn mak aku la..) =) .

Ciri2 yang pertama senang untuk dicari,kerana masih ramai lagi wanita yg bertudung kt malaysia ni-tapi yg bertudung tak semestinya baik-Wallahualam. Lagi satu kalau bertudung tu biarlah rambut tu "natural",maksud aku takda la berwarna-warna, perang, merah, merah jambu ..huh..pantang aku, kalau nak jadi my wife kena botakkan rambut tu dulu kalau perang2..haha..then barulah you got my loyalty. Ciri yg ke-2 adalah yang paling susah untuk dicari,sebab tu aku cakap ia adalah "old fashion" pemikiran. Tapi memang yg macam tu la yg aku cari sebab kt rumah ni pun tinggal aku,mak aku dan adik aku shj. Mungkin adik aku akan sambung matrikulasi lepas result SPM keluar. Jadi, tinggallah aku dengan emak aku shj. Sebab tu aku nak cari wanita yg sanggup tinggal dengan mak mertua. Yang inilah masalahnya sebab seperti yang aku sedia maklum-terlalu jarang2 ade wanita yang sanggup tinggal dgn mak mertua. Ini sebab aku dah baca byk kisah2 masalah2 rumahtangga di dalam akhbar setiap minggu. Salah satu masalah ialah berkaitan dgn tinggal bersama dgn mak mertua. Mungkin ada yang sanggup-tapi aku berani jamin dalam 3,4 tahun mesti dah mula bermasalah,mulalah ada yang makan hati nanti. Mungkin sebab layanan suami antara emak dan isteri kadang2 ada lebihnya ada kurangnya. Aku akan mangambil tanggungjawab menjaga emak aku sampailah akhir hayat emak aku sebab abang dengan kakak2 aku semua dah berkeluarga dan ada rumah masing2. Jadi rumah yang aku duduk sekarang ni la yang akan menjadi rumah aku sampai akhir hayat aku. Ia adalah menjadi kewajipan anak lelaki untuk menjaga emak bapak mereka, aku juga tidak terkecuali. Alamatnya memang aku tak kawin la sampai tua-Hahaha. Tapi aku tak menyesal jika aku dapat membalas sedikit budi emak aku yang telah melahirkan aku kedunia ini-dimana emak aku tidak pernah menyesal menjaga aku-kenapa aku nak menyesal kerana terpaksa menjaga emak aku-right? . Aku nak mencari memang susah la-sebab takkan aku nak tanya sorang2 "sanggup tinggal dgn mak mertua sampi akhir hayat.."sudah tentu jawapannya adalah "tidak" kan. Semua ni kuasa Allah s.w.t- Kalau ada ye ada. Tak ada ye sudah. Itu adalah konsep aku. Mungkin ada yang berkata "ada jugak manusia mcm ko ni ek..."-herm-ikut korang la nk ckp apa, masing2 ada taste dan prinsip sendiri. =)

Sebab aku "publish" cerita ni adalah untuk pengetahuan rakan2 atau wanita2 yg diluar sana mungkin kalau ada yang ter"jatuh cinta" dengan aku ke (ada ke?Haha..takda kot), jadi korang kena pikir 100 kali la.. disebabkan "taste" aku yang ketinggalan zaman ni.. (-_-*)


0 comments:

Post a Comment

About