Tagged

Monday, March 16, 2009 | 8 Comments

Tagged

Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you wish were true. Leave the fibs alone. Then, tag 6 people to do the same test.





I’m 170cm tall.

I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
I hate my friends.
I hate my life.
I hate my grades.

I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
Shopping is bullshit. (huahua2...abes sume awek lari~ahaks)
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
Okay, maybe less than 90. (boys, of course)
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty. (hey, we still friends rite?)

I’m studying Fashion.

I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.

I have 10 Lollipops handbags.
I buy CLEO every month.

My parents don’t know about my blog.
I have an iPod.I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.

I wanted to be a fashion designer.

I love rock emo bands.
I hate it when people cancel last minute meet ups.

I’m a rebel.I don’t believe in love.

High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy. maybe not?
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.
We’ll last
I believe in long distance relationships.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.
I’m hot.
I’m a sinner.
I’ve got a DS light.
I have a Wii.
I can live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love. i wish to 'be' in Love.
I know how to cook. (aku penah juara masak dgn kwn aku time skool anjuran ERT,only us the guys..yayy!!..i beat a woman!!)
I have 100% freedom.
Boys are assholes. (i'm a MAN!!..=p)
I hate Math.
I’m happy with what I have.
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me. (how many of u huh..raise ur hand!..heheh)
I don’t read newspapers.
The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice.
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity. (not all of them..right? =p )
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
I love swimming. (yay!!..who can beat me "hold ur breath in water").. =p
I haven’t worked out since March.
I think I'm fat.
I love my friends and family. (1000%)

Tag, you're it!(; hahahaha
-hunny
-dagu
-zzz
-wanee
-kak sal
-anyone..heheh




Read more...

Pentingkah dara?

Wednesday, February 18, 2009 | 15 Comments

Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya).



Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Rasanya kita semua sedia maklum.



Read more...

slim = beautiful?

Tuesday, February 17, 2009 | 16 Comments

Does being slim make a person beautiful?

Nowadays, being slim is the dominant criteria for being attractive. Whoever is slim is beautiful. Whoever is slim is attractive for the opposite sex. It is therefore no surprise that many people want to be slim. The question is how can one become slim?

Aku nak cerita panjang2 malas la..so aku nak dengar komen dr pembaca2 dan rakan2 je..Hehe..

Meh bgtau pendapat2 korang... (^_^)





which is better? sigh!..(-_-*),ok..i'm comment 1st.. =p

Read more...

Teknik & Akhlak Berjimak

Monday, February 16, 2009 | 0 Comments

Baca tajuk pun korang dah faham apa isi-isi, tujuan aku ni sebab...err..sebab..xda sebab yg munasabah pun..ni pun disebbkn aku ada tanya beberapa member2 aku yg sudah berkahwin tentang kehidupan mereka selepas berkahwin..dan ini termasuklah perkara tentang jimak..kebanyakan membe2 aku yg aku tanya tidak mengamalkan teknik2 dan akhlak berjimak yg betul (cehh..pandai2 ku je...kawen pun tak!!)..=p ,..article ini mungkin akan memberikan pembaca ketidakselesaan..so..viewer distraction is advised.. =) , you can choose want to read or not..so..(-_-*)



Teknik & Akhlak Berjimak

Berjimak atau melakukan hubungan seks adalah salah satu kenikmatan yang Allah berikan kepada manusia. Berjimak antara suami isteri boleh mengekalkan kesihatan, mengeratkan kasih sayang dan memanjangkan keturunan. Ia juga dapat mengawal nafsu dan kehormatan dariapda melakukan perbuatan yang haram. Nafsu yang tidak dikawal mengundang pelbagai kejahatan seperti rogol, zina, homoseks, lesbian, sumbang mahram, anak luar nikah dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya aku berkahwin dengan perempuan, makan daging, tidur dan juga bangun, berpuasa,dan juga berbuka. Maka sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia bukan daripada golonganku."

Hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah. Sesungguhnya kahwin itu akan lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa. Kerana puasa itu dapat menjadi benteng."

Bagi pasangan yang sah, perhubungan ini memerlukan rangsangan untuk berjimak. Terdapat pelbagai maklumat melalui buku, majalah, VCD, dan internet tentang hubungan seks. Namun kita sebagai orang Islam sewajarnya berpegang kepada akhlak atau adab berjimak dalam Islam.

Dalam hubungan seks, lelaki lebih banyak menumpukan nafsu syahwat berbanding dengan wanita yang mendambakan belaian kasih sayang dan luahan jiwanya. Suami perlu tahu melayani isterinya dengan baik dan berakhlak. Kelakuan seks ganas atau luar biasa boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa. Jika anda benar-benar menyayangi pasangan anda, jadikan pelayaran itu bagaikan syurga yang dapat dinikmati sepenuhnya oleh anda berdua.

Panduan yang diberikan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan pasangan serta memperoleh zuriat yang baik, insya-Allah.

1. Sebelum berjimak, bersihkan diri dengan mandi, mengambil wuduk, memakai haruman yang
lembut dan berpakaian yang menggoda pasangan anda.

2. Wujudkan suasana kamar yang romantik seperti menggunakan lampu yang samar, bau wangi daripada lilin beraromaterapi dan suhu bilik yang dingin.

3. Beri salam ketika mendekati pasangan anda supaya si dia bersedia untuk menerima kedatangan anda dengan rasa gembira.

4. Bercumbu, bergurau senda dan berkucupan. Diriwayatkan oleh Jabir r.a., "Rasulullah s.a.w melarang melakukan jimak sebelum bergurau senda terlebih dahulu." (kalau suami korang main terjah je..haa..korang ckp bace ayat ni kt suami korg kuat2..konpem!..hari2..korg mesti rasa mcm terbang ke langit je..hehe =p )

5. Doa ketika hendak berjimak, "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami." (H.R Bukhari). Doa ini dibaca ketika suami isteri hendak berjimak. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud, "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dgn isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."

6. Pakai selimut atau kain menutupi tubuh anda berdua. Al-Ghazali berkata,"Dalam suasana ini (akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan dan sebagainya; dan menutup diri mereka dengan selimut, jangan telanjang menyerupai binatang. Si suami harus memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua pasangan sama-sama dapat menikmati dan merasa puasa." (p/s-herm..bab ni aku tau korang mesti tak ramai yang akan ikut, mana syok tutup2..xnampaklaa..btul x?!!haha..ikut korang laa..,kita perlulah menjaga zuriat kita agar tidak dikacau oleh syaitan..kalau x mcamana nak dapat anak yg soleh!!..hanya anak yg soleh yg tidak lupa untuk menyedekahkan al-fatihah dan doa utk kita apabila kita sudah meninggal dunia kelak..wallahualam.. =)

7. Membelai, meraba dan menyentuh bahagian-bahagian yang merangsangkan syahwat seperti bawah ketiak, payu dara, leher, dan pinggang ke bawah.

8. Apabila sudah terangsang, lakukan pelayaran dengan baik dan sopan. Dengan ini, pasangan suami isteri dapat menikmati anugerah yang Allah SWT berikan. Islam membenarkan suami menjimak isteri pelbagai cara. Firman Allah maksudnya : "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.." (Surah Al-Baqarah:223). Ini bermakna berjimak dari arah mana asalkan melalui faraj isteri. Larangan berjimak dengan isteri yang sedang haid dan melalui dubur.

9. Sekiranya suami sudah mencapai klimaksnya dengan terpancut air maninya, layanilah isteri sehingga berasa puas. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak."

10. Sekiranya ingin mengulangi jimak sebelum mandi hadas, ambillah wuduk di antara dua jimak. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudry bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila seseorang antara kamu telah menggauli isterinya, kemudian ingin bersetubuh lagi hendaklah ia berwuduk."

TEKNIK JIMAK PALING SESUAI

1. Keadaan suami berada di atas dan isterinya sambil berbaring di atas pembaringan yang selesa. Ini menunjukkan kesempurnaan sifat lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Sebagaimana disebut oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya At-Tibuunabawi bahagian jimak. Katanya, teknik berjimak yang terbaik itu bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pulasebagai pakaian bagi mereka." (Surah Al Baqarah:187) dan firman Allah yang bermaksud, "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan..." (Surah An-Nisaa':34). Kata Ibnu Qayyim, pakaian yang paling sempurna adalah posisi wanita di bawah di mana ia berfungsi sebagai pakaian bagi lelaki, manakala lelaki di atas sebagai pakaian bagi wanita.

2. Teknik lain yang sesuai dengan tidur mengiring juga disebut sebagai pakaian. Manakala teknik yang tidak baik apabila lelaki menjimak dari bawah. Antara keburukan teknik ini ialah:
a. Air mani lelaki sukar untuk keluar sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan ada yang tersisa lalu menjadi busuk dan menyebabkan penyakit.
b. Berlaku kemasukan cecair daripada faraj wanita ke dalam zakar lelaki. Ia boleh mendatangkan penyakit.
c. Rahim wanita tidak menerima air mani lelaki secara sempurna dan ia boleh menyukarkan untuk mendapatkan anak.

PERKARA MAKRUH BERJIMAK

1. Tidur tanpa membersihkan alat sulit.
2. Tidur tanpa wuduk.
3. Melihat alat sulit isteri.
4. Melakukan jimak tanpa bercumbuan.
5. Bercakap-cakap semasa jimak.
6. Tanpa pakaian seurat benang.

PERKARA HARAM BERJIMAK

1. Berjimak melalui dubur
- Ia tidak dibenarkan dalam Islam. Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: "Itu halal." Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.

2. Berjimak ketika isteri sedang dalam haid

-Larangan ini disebut sebagaimana Firman Allah SWT, "Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri." (Surah Al Baqarah:222).

Dari segi kedoktoran, wanita dalam haid dilarang berjimak kerana:

1. Wanita yang dalam haid mengalami kurang daya tahan penyakit, lalu kuman atau virus mudah masuk ke lubang faraj atau pangkal rahim.

2. Alat sulit wanita ketika haid mengecut dan ini akan menyakitkan dan berlaku pendarahan.

3. Ia menyebabkan gangguan saraf dan boleh mengakibatkan masalah datang haid secara tidak teratur.

4. Menganggu kenikmatan berjimak kerana bau haid yang busuk.


Read more...
Baca tajuk pun korang dah faham apa isi-isi, tujuan aku tulis article ni untuk menambahkan pengetahuan pembaca tentang kehidupan remaja islam sekarang, aku tahu article ni 'panas'...panas ke?

xdala panas sangat berbanding dengan remaja2 zaman sekarang yang mendedahkan sebahagian diri mereka sana sini dan berdua-duaan ditempat awam. Ironinya, masa 14 Februari ,sabtu lepas..aku terfikir untuk lihat dgn mata kepala aku sendiri rosaknya akhlak remaja2 zaman sekarang ni. So, masa tgh malam menjelangnya 14 feb aku choose jalan2 pi Klang ngn Shah Alam. Memang terbukti, dah tengah2 malam pun masih ramai pasangan2 yg berdua-duaan lagi di taman2, ada yg berpeluk-pelukan.., aku sengaja lalu depan mereka nak tahu bdk2 ni org melayu kite ke ape..terbukti memang org melayu kte.....lepas tu mereka hilang di kegelapan malam...xtau la apa yang seterusnya..malas aku nak fikir. Aku hanya mengucap panjang melihat remaja2 skrg..maybe begini la generasi di akhir zaman ni. Funny thing, aku meminta supaya kiamat ni dipercepatkan, besok pun xpe!..tak sanggup aku nak tengok remaja2 melayu islam skrg ni rosak lebih dalam lagi. Apa nak jadi dgn bdk2 skrg ni!..tak malu dan kasihan ke dengan Rasulullah s.a.w..penat2 baginda berperang dan ramai lg yang terkorban semata2 untuk menyebarkan agama Islam..nanti kat akhirat, kalau Rasulullah tak mengaku kita umatnya macamana!!..dengan sapa lagi kita nak minta tolong??!Boyfren kte?Girfren kte?..ok..semuanya mungkin boleh selesai jika mereka bertaubat..Allah s.w.t maha pengampun..tetapi Allah SWT juga Maha Berkuasa, jika ditakdirkan kita mati dulu sebelum sempat bertaubat cmne.. wallahualam..

Aku nak cerita banyak2 pun tak guna jugak, siapalah aku...yang penting jika ada yang membaca artikel ni then tersedar, syukran~..nampaknya tidak sia-sia la usaha aku, bukannya apa.. jika kita nampak dan tahu rakan2 kita membuat kesalahan/membuat dosa..Aku kena cuba menasihati sekurang2nya,jika tidak aku boleh dianggap sebagai bersubahat..Jika aku dah cuba dan mereka tidak dengar xpe..sekurang2nya sudah lepas tanggungjawab aku sebagai saudara Islam.

Maaf la dengan tulisan2 aku ni sume, pasti ada yg tersinggung..xpe..yang buruk semuanya daripada aku..xkesah...

x ambik kesah dengan aku xpe..xda berdosa apa2...tapi kalo xamek kesah dengan tanggungjawab kite dengan suruhan Allah s.w.t...subhanallah~...kte kena ingat satu perkara sahaja, kenapa kita dilahirkan didunia ini? kerana kita disuruh untuk tunduk dan beriman kepada Allah s.w.t..kita adalah hamba..Allah s.w.t adalah pencipta kita..Allah s.w.t Maha Mengetahui..itulah juga yg disebut apabila Malaikat membantah kenapa nak diciptakan manusia yang hanya mendatangkan kerosakan dan membuat dosa kepada-Nya.. =)

Tetiba aku teringat khutbah solat jumaat lepas di masjid, tentang kenapa manusia diciptakan dan malaikat telah membantah cadangan Allah s.w.t, Khatib telah menceritakan satu perkara yg aku xpernah tahu..iaitu malaikat pun bertawaf jugak di atas sana..mengelilingi kaabah yg dibina di atas sana..sama seperti yg ada didunia ini..tetapi yg membezakannya, sejak azali lg sebelum manusia diciptakan lagi..satu pusingan tawaf pun tak abis lagi!!..menunjukkan begitu luas alam ini..dan juga agungnya cinta dan patuhnya malaikat kepada Allah s.w.t...wallahualam




Read more...

About