Baca tajuk pun korang dah faham apa isi-isi, tujuan aku tulis article ni untuk menambahkan pengetahuan pembaca tentang kehidupan remaja islam sekarang, aku tahu article ni 'panas'...panas ke?

xdala panas sangat berbanding dengan remaja2 zaman sekarang yang mendedahkan sebahagian diri mereka sana sini dan berdua-duaan ditempat awam. Ironinya, masa 14 Februari ,sabtu lepas..aku terfikir untuk lihat dgn mata kepala aku sendiri rosaknya akhlak remaja2 zaman sekarang ni. So, masa tgh malam menjelangnya 14 feb aku choose jalan2 pi Klang ngn Shah Alam. Memang terbukti, dah tengah2 malam pun masih ramai pasangan2 yg berdua-duaan lagi di taman2, ada yg berpeluk-pelukan.., aku sengaja lalu depan mereka nak tahu bdk2 ni org melayu kite ke ape..terbukti memang org melayu kte.....lepas tu mereka hilang di kegelapan malam...xtau la apa yang seterusnya..malas aku nak fikir. Aku hanya mengucap panjang melihat remaja2 skrg..maybe begini la generasi di akhir zaman ni. Funny thing, aku meminta supaya kiamat ni dipercepatkan, besok pun xpe!..tak sanggup aku nak tengok remaja2 melayu islam skrg ni rosak lebih dalam lagi. Apa nak jadi dgn bdk2 skrg ni!..tak malu dan kasihan ke dengan Rasulullah s.a.w..penat2 baginda berperang dan ramai lg yang terkorban semata2 untuk menyebarkan agama Islam..nanti kat akhirat, kalau Rasulullah tak mengaku kita umatnya macamana!!..dengan sapa lagi kita nak minta tolong??!Boyfren kte?Girfren kte?..ok..semuanya mungkin boleh selesai jika mereka bertaubat..Allah s.w.t maha pengampun..tetapi Allah SWT juga Maha Berkuasa, jika ditakdirkan kita mati dulu sebelum sempat bertaubat cmne.. wallahualam..

Aku nak cerita banyak2 pun tak guna jugak, siapalah aku...yang penting jika ada yang membaca artikel ni then tersedar, syukran~..nampaknya tidak sia-sia la usaha aku, bukannya apa.. jika kita nampak dan tahu rakan2 kita membuat kesalahan/membuat dosa..Aku kena cuba menasihati sekurang2nya,jika tidak aku boleh dianggap sebagai bersubahat..Jika aku dah cuba dan mereka tidak dengar xpe..sekurang2nya sudah lepas tanggungjawab aku sebagai saudara Islam.

Maaf la dengan tulisan2 aku ni sume, pasti ada yg tersinggung..xpe..yang buruk semuanya daripada aku..xkesah...

x ambik kesah dengan aku xpe..xda berdosa apa2...tapi kalo xamek kesah dengan tanggungjawab kite dengan suruhan Allah s.w.t...subhanallah~...kte kena ingat satu perkara sahaja, kenapa kita dilahirkan didunia ini? kerana kita disuruh untuk tunduk dan beriman kepada Allah s.w.t..kita adalah hamba..Allah s.w.t adalah pencipta kita..Allah s.w.t Maha Mengetahui..itulah juga yg disebut apabila Malaikat membantah kenapa nak diciptakan manusia yang hanya mendatangkan kerosakan dan membuat dosa kepada-Nya.. =)

Tetiba aku teringat khutbah solat jumaat lepas di masjid, tentang kenapa manusia diciptakan dan malaikat telah membantah cadangan Allah s.w.t, Khatib telah menceritakan satu perkara yg aku xpernah tahu..iaitu malaikat pun bertawaf jugak di atas sana..mengelilingi kaabah yg dibina di atas sana..sama seperti yg ada didunia ini..tetapi yg membezakannya, sejak azali lg sebelum manusia diciptakan lagi..satu pusingan tawaf pun tak abis lagi!!..menunjukkan begitu luas alam ini..dan juga agungnya cinta dan patuhnya malaikat kepada Allah s.w.t...wallahualam



4 comments:

haneehunny said...

hmmmmm...(tgh muhasabah diri jap)

Anonymous said...

i know u not like them right..(^_^)

luvmeteddy said...

huhu...lgpn 14feb tu tak leh smbut kan..dah de kekasih..ari2 la ari kekasih..adehh..ade ke 14feb lakk..isk..weh..doakn kiamat esok mmg bgus..tapi suda cukupkah amalan kite weh...adehh...seram..

Anonymous said...

apakah perkara yg paling tinggi darjatnye ble kte buat pasti akan msuk syurga?ia adalah mati syahid! mcamane mati syahid ni?..byk cara ..antaranya mcm yg org palestin perjuangkn~.mati diorg adalah mati syahid~ulama' dh sepakat mengatakannye..bukti2 dr kekuasaan allah s.w.t pun ade..cthnye;satu hari tu ada hendak dibina bangunan..jd terpaksa la mengorek tanah disitu,ditmpt itu juga adalah tempt perkuburan..demi masa dpn, penduduk kena memindahkn kubur2 yg ade disitu ke tmpt lain..apabila di korek kubur2 yg ada disitu..alangkah terkejutnya org yg menggali kubur tu apabila melihatkn mayat yg telah ditanam sebulan yg lepas~masih dlm keadaan sempurna dan juga darah luke masih merah dn mengalir..ini semua adalah kekuasaan allah s.w.t utk membuktikn org palestin berjuang di jalan yg benar..sebab itulah apabila kite tgk..org palestin ni xpernah berhenti sejak puluhan tahun dulu berjuang..ini disebabkn allah s.w.t telah menunjukkan kpd mereka melalui mayat2 pejuang yg mati syahid ini, menunjukkan kematian mereka adalah tinggi darjatnye di sisi allah s.w.t..wallahualam~>. =)

Post a Comment

About