Bila teman lelaki keluar date bersama kamu, sudah tentu dia berlagak seperti biasa. Segala-galanya beres dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi tahukah kamu, tidak semua teman lelaki boleh bersikap seperti itu. Terutama bagi mereka yang pertama kali jatuh cinta. Malah ada di antara mereka, sebelum mengundang kamu lagi, telah menggelabah dan tidak tentu arah.

Cerita kali ini adalah pengalaman date pertama dari beberapa orang jejaka. Jejaka-jejaka ini telah sudi berkongsi pengalaman dengan para pembaca tentang debaran date pertama mereka =p .Mungkin pengalaman mereka dapat memberikan gambaran jelas kepada kamu bagaimana lagak seorang teman lelaki bila hendak keluar date pertama bersama teman wanitanya. Perhatikan juga bagaimana kamu dapat membantu teman lelaki yang sedang dalam tidak tentu arah itu mengatasi masalahnya.



Kamu dan si dia sudah bersetuju untuk date bersama.

Perkara-perkara ini adalah di antara yang bermain ligat di fikirannya. Ada penganggu yang akan muncul jam 4.00 ini. Lecehlah....mesti hancur semuanya hari ini. Bagaimana dengan debaran di jantung, kencang ke? Tidak boleh lewat. Alamak! Mana pulak kunci kereta? Dompet, cukup ke duit? Periksa waktu, jam ni betul tak? Perlu ke duduk dekat-dekat dengannya nanti? Nanti nak pergi mana....ke taman? Nanti terlalu romantik pulak? Baju buruk ni sesuai ke? Mesti tukar...tapi nak pakai yang mana satu? Eh...ehh aku dah mandi ke belum?

Tapi, jarang teman lelaki ingin mengaku akan hal ini. Tentu saja, sebagai lelaki, mereka juga berasa ganjil atau terlalu aneh jika keluar date, berlagak seperti yang sering dialami oleh wanita.

Untuk tidak mengecewakan date kamu dan juga dia, Bina Ikatan Cinta kali ini mencatatkan beberapa 'phobia date' yang sering dialami oleh teman lelaki kamu. Untuk meringankan masalahnya, beberapa panduan juga diberikan agar kamu boleh menjadi teman wanita yang bijak dalam membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1. Kelu Untuk Berkata

Untuk bertanya pada kamu atau tidak - satu dilema. Dia sukakan kamu, dan dia percaya kamu juga sukakannya. Tetapi bagaikan ada sebuah skrin video di fikiran si dia yang menjadikan satu senario, mimpi yang paling ngeri pernah dialaminya;

"Saya akan mengajaknya keluar, lalu dia akan memandang muka saya dan mentertawakannya. Atau...saya akan mengajaknya keluar dan dia akan memalingkan mukanya. Kemudian, dia akan menceritakan pada semua orang," kata Adli.

"Ia sesuatu yang paling teruk," kata Rahman, temannya yang duduk di sebelah. "Apabila saya menelefon seorang teman wanita untuk mengajaknya keluar, saya mendail lima nombor, kemudia berhenti. Lepas itu, dail kembali, kali ini tujuh angka tetapi meletakkanya semula. Dail balik dan biarkan ia berdering sekali, kemudian cepat-cepat letakkan ganggang semula. Apabila kami memulakan bicara, ia memang paling teruk. Pertama yang harus kamu ingat, dia tahu apa tujuan kamu menelefonnya. Oleh itu, sekurang-kurangnya kamu tetap perlu memulakan sedikit perbualan sebelum melanjutkan lagi soalan utama yang ingin disampaikan...."Petang ni you free tak?"

Apa yang Perlu Dibantu

Dia memerlukan sedikit sokongan. Apabila dia membuat penggilan dan cuba berselindung dengan memberitahu hanya untuk berborak, janganlah biarkan perbualan itu begitu saja. Baik kamu cepat-cepat nyatakan kamu teringin untuk pergi ke tempat-tempat baru yang belum kamu pernah jejakkan kaki. Sekiranya si dia masih teragak-agak, apa kata kamu saja yang mempelawanya. Tak salah kan? Lagipun, sekarang ni dah masuk abad ke-20, dan perempuan pun semakin ramai yang telah berani daripada lelaki dalam soal-soal seperti ini!

2. Keliru Dalam Penampilan

Bila date, dia tidak mahu berpenampilan begitu kemas. Ini kerana dia tidak mahu kamu beranggapan bahawa dia benar-benar serius dalam memikat kamu. Tetapi, dalam pada itu juga dia tidak mahu kamu sukakannya. Bagaimanapun, satu perkara yang pasti, dia sedang berada dalam keadaan tertekan.

"Perkara pertama yang akan dia perhatikan ialah bagaimana cara kami berpakaian," terang Yazid, 24. "Kamu pula hanya tidak mahu silap membuat tafsiran," keluhnya lagi.

Apa yang Perlu Dibantu

Untuk mengatasi masalah berfesyen ini, kamu boleh memberikan gambaran jelas, konsep yang bagaimana sesuai untuk digayakan. Mungkin kamu boleh berkata begini.

"Jadi....petang ni kamu nak pakai jeans ke? Okey juga." Secara tidak langsung kamu memberitahunya apa yang ada di fikiran kamu di ketika itu. Jadi tidaklah dia sibuk keluar masuk sepeluh buah kedai nak mencari tali leher yang sesuai untuk hari itu!

3. Sindrom Memilih Aktiviti

Tengok wayang? Makan malam? Makan malam dan tengok wayang? Lepas tu nak buat apa? Bertubi-tubi soalan ini bermain di fikiran. Ligat juga kepal memikirkan tapi belum ada juga kata putus.

Dia semakin gelisah. Dia mengajak kamu keluar, sedangkan dia sendiri tidak mempunyai arah tujuan. Sekarang dia patut memikirkan sesuatu rancangan, supaya date yang dirancang dipenuhi dengan aktiviti sebaik-baiknya. Dia tidak mempunyai kata kunci, jadi dia pun membuat andaian sendiri. Sudah tentu ini sesuatu yang agak 'berbahaya' kerana silap hari bulan...petang itu akan memusnahkan segala-galanya.

"Saya pernah cuba mendekati seorang gadis. Oleh kerana saya tidak tahu ap yang dia minat, saya pun mengajaknya pergi melihat pameran lukisan. Oleh kerana dia tidak berminat dengan seni, sudah tentu petang itu sesuatu yang membosankan," kata Joe.

Apa yang Perlu Dibantu

Cara yang lebih selamat ialah kamu sendiri yang bertanya pada si dia adakah dia mempunyai tempat yang menarik untuk dituju. Jika tiada, cadangkan satu tempat yang kamu suka pergi. Dia pasti akan menghargainya.

4. Lidah Terkunci

Di kepalanya telah terfikir 10 topik utama yang akan dibincangkan ketika bersama. Sekarang, dia telah pun berada di depan kamu. Sayang sekali, lidahnya seperti terkunci untuk berkata apa yang sepatutnya. Tolong selamatkan keadaan agar tidak berlarutan!

Apa yang Perlu Dibantu

Jangan terburu-buru untuk mengetahui semua perkara dalam satu hari. Di antara kamu dan dia masih belum begitu mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, jadikan suasana pada hari itu seperti menghadiri temuduga. Kamu tanyakan apa saja soalan. Kemudia si dia pasti akan menanyakan soalan yang sama padamu. Dari situ maka akan bermulalah satu komunikasi. Dari perkara yang ringan-ringan hinggalah ke topik yang lebih berat...huh..(^_^). Tidakkah mudah untuk memulakannya?

5. Aku tidak dipeduli

Tolonglah sukakan saya, walaupun hanya sedikit! Okey, boleh jadi dia tidak pernah terfikirkan perkara ini. Tapi kadangkala bila ianya merupakan date pertama, sudah tentu nerlaku krisis dalam diri. Dia panik dan mula berfikir: mungkin kamu rasa tidak senang dengannya atau kamu yang sedang duduk di depannya sibuk memikirkan dan membuat tafsiran tentang dirinya. Adakah pertemuan ini akan berterusan?

"Pertama kali bertemu, kamu menunggu tanda isyarat darinya." terang Man.

"Walaupun hanya sebuah senyuman, ia boleh jadi satu tanda isyarat yang baik," sokong temannya.Apis.

Apa yang Perlu Dibantu

Jika kamu sukakan dia, beritahunya dengan cara berkias, Misalnya, "Saya suka tengok rambut kamu" atau "Wah! Kamu nampak handsome hari ni" atau apa saja yang berkaitan dengan dirinya. Percayalah, dengan puji-pujian seperti itu akan menambahkan lagi keyakinan pada dirinya.

6. Isu wang Timbul

Sekarang timbul isu yang agak sensitif. Perbualan terbantut di meja makan. Tiba-tiba dia jadi tidak berminat untuk meneruskan perbualan. Adakah tadi aku memesan makanan sebegitu banyak? Keliru dan berserabut. Dia tahu, jika dia mencadangkan memesan air kosong sahaja tentu nampak sangat pilihan menu itu, yang paling murah. Nanti apa pula tanggapan kamu?

"Saya keluar date dengan seorang gadis yang boleh berdikari dan nampaknya memang tidak terlalu mengharapkan orang lain. Dan saya tidak mahu melarangnya untuk menyusahkan diri dalam soal membuat bayaran," kata Lan. "Jadi bila waktu bayar, saya berkata, "Kita ada dua pilihan: Saya boleh bayar dan kamu boleh beri separuh atau kamu boleh belanja saya di lain kali,"

Apa Yang Perlu Dibantu

Pastikan perkara ini jelas sebelum date bermula. Hanya katakan sesuatu seperti ini,"Perlukah saya membawa duit lebih dari Rm50 untuk malam ini?" Ini memberinya peluang untuk berkata, "Oh tak perlu. Saya belanja" atau jelaskan padanya bahawa kamu sendiri yang akan membayarnya.

APA TEMAN LELAKI MAHU KAMU LAKUKAN

  • Bersederhana dalam penampilan ataupun perbualan. Sesekali kamu boleh berlagak bagai kanak-kanak sekadar penyeri hubungan.
  • Sesuatu yang boleh kamu selesaikan sendiri, jangan harapkan orang lain membantu. Buktikan kemampuan.
  • Seandainya kamu merajuk atau ingin menangis, tanyakan pada diri sendiri, apakah punca yang menyebabkan kamu jadi begitu? Adakah ia sesuatu yang hebat?
  • Berbuallah dan bertindak secara orang dewasa.
  • Berani menyuarakan isi hati walaupun ianya sesuatu yang pahit atau manis. Tunjukkan kamu juga boleh seperti orang lain.

(huh..penah betul menaip, aku surrender Ally..xpandai taip2 panjang2 mcm ko..hehe)

7 comments:

luvmeteddy said...

ko penah ade 1st date nggak gu?hahah :P sile nyatakn perasaan anda....

Anonymous said...

huh..err...err...tetibe aku teringat mak aku suh pi kedai la zack...hehe

luvmeteddy said...

hahaha....dan2 ko ehh...keke

Anonymous said...

ape kate ko yg citer psl pengalaman bercinta ko?hehe..ke xda lg..kalo xda..mmg elok la article yg aku tulis kt ats tu utk dibace.. =)

luvmeteddy said...

huhuhu....ok2..aku bace jekk la...phewww....hehe

Anonymous said...

phewww?....maen ngelat ape...he3..

luvmeteddy said...

huhu..takde ngelat2 ok..haha

Post a Comment

About