Doa Khan Younis - Iya

Friday, February 06, 2009 | 0 Comments

Maghrib Khamis di basuhnya baju …
Ampaian … diluar jendela…
Berinjat kakinya doakan rembulan …
Keringkan jemuran …
Rindu hanya satu …esok solat jumaat...
Ingin doa mengadu diri yatim piatu …

Malam pun larut … Khan Yunis …
Terlena dipintu …ooooo~
Belumpun subuh api menyambar …
Lebur kaca jendela …
Maut berjelubuh … mayat masih disitu …
Jari merah kecil …
Erat menggengam baju... basah …
Airnya mandikan Gaza…
Doa mu tulus … Khan Yunis …

Full Size Video Here = http://www.youtube.com/watch?v=_uoO66cowUo

"Tidaklah seorang Muslim menghina saudaranya dan dicemar
kehormatannya (oleh Musuh) melainkan Allah akan menghinakannya.."

...Ketika dia pula memerlukan pertolongan, dan tidak menolong seorang
Muslim saudaranya ketika saudaranya dihina dan dicemar kehormatannya...

...Melainkan Allah akan membantunya ketika dia memerlukan pertolongan"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Bila aku baca Sabda Rasulullah ini...tidak semena-mena air mataku mengalir
membasahi pipi..apa yang aku boleh buat bile saudara2 islamku di hina dan
dibunuh..??!!..subhanallah...hanya Doa..aku ibarat semut kecil di dunia ini...


Read more...

antara ketawa & duka

Wednesday, February 04, 2009 | 0 Comments

Kita ketawa bermakna kita gembira. Apabila berduka bermakna kita sedang diulit kesusahan dan kesedihan. Demikianlah dua perasaan yang Allah kurniakan kepada manusia untuk menunjukkan emosi mereka. Dua emosi ini sinonim dengan manusia sehinggakan jika mereka tidak punya emosi ini bermakna mereka bukanlah manusia yang normal!

Gembira dan sedih adalah naluri semula jadi manusia. Umumnya kita memang digalakkan hidup gembira, bahagia dan tenang selalu. Namun gembira juga harus berpada-pada. Bergelak ketawa juga tidak salah tetapi biarlah ada batasannya. Jangan terlalu banyak ketawa sehingga melalaikan diri. Sebaik-baiknya ingatilah juga kesilapan lalu dan kesali segala kemungkaran yang pernah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.


Allah berfirman yang bermaksud:
"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."
(at-Taubah: 82)

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Hurairah, diceritakan bahawa pada suatu ketika, Rasulullah berjalan di hadapan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Malah Sayidina Umar al-Khattab juga pernah mengingatkan manusia, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila kurang rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka yang hilang takut kepada Allah! (-_-*)

Read more...
Bila teman lelaki keluar date bersama kamu, sudah tentu dia berlagak seperti biasa. Segala-galanya beres dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi tahukah kamu, tidak semua teman lelaki boleh bersikap seperti itu. Terutama bagi mereka yang pertama kali jatuh cinta. Malah ada di antara mereka, sebelum mengundang kamu lagi, telah menggelabah dan tidak tentu arah.

Cerita kali ini adalah pengalaman date pertama dari beberapa orang jejaka. Jejaka-jejaka ini telah sudi berkongsi pengalaman dengan para pembaca tentang debaran date pertama mereka =p .Mungkin pengalaman mereka dapat memberikan gambaran jelas kepada kamu bagaimana lagak seorang teman lelaki bila hendak keluar date pertama bersama teman wanitanya. Perhatikan juga bagaimana kamu dapat membantu teman lelaki yang sedang dalam tidak tentu arah itu mengatasi masalahnya.



Kamu dan si dia sudah bersetuju untuk date bersama.

Perkara-perkara ini adalah di antara yang bermain ligat di fikirannya. Ada penganggu yang akan muncul jam 4.00 ini. Lecehlah....mesti hancur semuanya hari ini. Bagaimana dengan debaran di jantung, kencang ke? Tidak boleh lewat. Alamak! Mana pulak kunci kereta? Dompet, cukup ke duit? Periksa waktu, jam ni betul tak? Perlu ke duduk dekat-dekat dengannya nanti? Nanti nak pergi mana....ke taman? Nanti terlalu romantik pulak? Baju buruk ni sesuai ke? Mesti tukar...tapi nak pakai yang mana satu? Eh...ehh aku dah mandi ke belum?

Tapi, jarang teman lelaki ingin mengaku akan hal ini. Tentu saja, sebagai lelaki, mereka juga berasa ganjil atau terlalu aneh jika keluar date, berlagak seperti yang sering dialami oleh wanita.

Untuk tidak mengecewakan date kamu dan juga dia, Bina Ikatan Cinta kali ini mencatatkan beberapa 'phobia date' yang sering dialami oleh teman lelaki kamu. Untuk meringankan masalahnya, beberapa panduan juga diberikan agar kamu boleh menjadi teman wanita yang bijak dalam membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1. Kelu Untuk Berkata

Untuk bertanya pada kamu atau tidak - satu dilema. Dia sukakan kamu, dan dia percaya kamu juga sukakannya. Tetapi bagaikan ada sebuah skrin video di fikiran si dia yang menjadikan satu senario, mimpi yang paling ngeri pernah dialaminya;

"Saya akan mengajaknya keluar, lalu dia akan memandang muka saya dan mentertawakannya. Atau...saya akan mengajaknya keluar dan dia akan memalingkan mukanya. Kemudian, dia akan menceritakan pada semua orang," kata Adli.

"Ia sesuatu yang paling teruk," kata Rahman, temannya yang duduk di sebelah. "Apabila saya menelefon seorang teman wanita untuk mengajaknya keluar, saya mendail lima nombor, kemudia berhenti. Lepas itu, dail kembali, kali ini tujuh angka tetapi meletakkanya semula. Dail balik dan biarkan ia berdering sekali, kemudian cepat-cepat letakkan ganggang semula. Apabila kami memulakan bicara, ia memang paling teruk. Pertama yang harus kamu ingat, dia tahu apa tujuan kamu menelefonnya. Oleh itu, sekurang-kurangnya kamu tetap perlu memulakan sedikit perbualan sebelum melanjutkan lagi soalan utama yang ingin disampaikan...."Petang ni you free tak?"

Apa yang Perlu Dibantu

Dia memerlukan sedikit sokongan. Apabila dia membuat penggilan dan cuba berselindung dengan memberitahu hanya untuk berborak, janganlah biarkan perbualan itu begitu saja. Baik kamu cepat-cepat nyatakan kamu teringin untuk pergi ke tempat-tempat baru yang belum kamu pernah jejakkan kaki. Sekiranya si dia masih teragak-agak, apa kata kamu saja yang mempelawanya. Tak salah kan? Lagipun, sekarang ni dah masuk abad ke-20, dan perempuan pun semakin ramai yang telah berani daripada lelaki dalam soal-soal seperti ini!

2. Keliru Dalam Penampilan

Bila date, dia tidak mahu berpenampilan begitu kemas. Ini kerana dia tidak mahu kamu beranggapan bahawa dia benar-benar serius dalam memikat kamu. Tetapi, dalam pada itu juga dia tidak mahu kamu sukakannya. Bagaimanapun, satu perkara yang pasti, dia sedang berada dalam keadaan tertekan.

"Perkara pertama yang akan dia perhatikan ialah bagaimana cara kami berpakaian," terang Yazid, 24. "Kamu pula hanya tidak mahu silap membuat tafsiran," keluhnya lagi.

Apa yang Perlu Dibantu

Untuk mengatasi masalah berfesyen ini, kamu boleh memberikan gambaran jelas, konsep yang bagaimana sesuai untuk digayakan. Mungkin kamu boleh berkata begini.

"Jadi....petang ni kamu nak pakai jeans ke? Okey juga." Secara tidak langsung kamu memberitahunya apa yang ada di fikiran kamu di ketika itu. Jadi tidaklah dia sibuk keluar masuk sepeluh buah kedai nak mencari tali leher yang sesuai untuk hari itu!

3. Sindrom Memilih Aktiviti

Tengok wayang? Makan malam? Makan malam dan tengok wayang? Lepas tu nak buat apa? Bertubi-tubi soalan ini bermain di fikiran. Ligat juga kepal memikirkan tapi belum ada juga kata putus.

Dia semakin gelisah. Dia mengajak kamu keluar, sedangkan dia sendiri tidak mempunyai arah tujuan. Sekarang dia patut memikirkan sesuatu rancangan, supaya date yang dirancang dipenuhi dengan aktiviti sebaik-baiknya. Dia tidak mempunyai kata kunci, jadi dia pun membuat andaian sendiri. Sudah tentu ini sesuatu yang agak 'berbahaya' kerana silap hari bulan...petang itu akan memusnahkan segala-galanya.

"Saya pernah cuba mendekati seorang gadis. Oleh kerana saya tidak tahu ap yang dia minat, saya pun mengajaknya pergi melihat pameran lukisan. Oleh kerana dia tidak berminat dengan seni, sudah tentu petang itu sesuatu yang membosankan," kata Joe.

Apa yang Perlu Dibantu

Cara yang lebih selamat ialah kamu sendiri yang bertanya pada si dia adakah dia mempunyai tempat yang menarik untuk dituju. Jika tiada, cadangkan satu tempat yang kamu suka pergi. Dia pasti akan menghargainya.

4. Lidah Terkunci

Di kepalanya telah terfikir 10 topik utama yang akan dibincangkan ketika bersama. Sekarang, dia telah pun berada di depan kamu. Sayang sekali, lidahnya seperti terkunci untuk berkata apa yang sepatutnya. Tolong selamatkan keadaan agar tidak berlarutan!

Apa yang Perlu Dibantu

Jangan terburu-buru untuk mengetahui semua perkara dalam satu hari. Di antara kamu dan dia masih belum begitu mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, jadikan suasana pada hari itu seperti menghadiri temuduga. Kamu tanyakan apa saja soalan. Kemudia si dia pasti akan menanyakan soalan yang sama padamu. Dari situ maka akan bermulalah satu komunikasi. Dari perkara yang ringan-ringan hinggalah ke topik yang lebih berat...huh..(^_^). Tidakkah mudah untuk memulakannya?

5. Aku tidak dipeduli

Tolonglah sukakan saya, walaupun hanya sedikit! Okey, boleh jadi dia tidak pernah terfikirkan perkara ini. Tapi kadangkala bila ianya merupakan date pertama, sudah tentu nerlaku krisis dalam diri. Dia panik dan mula berfikir: mungkin kamu rasa tidak senang dengannya atau kamu yang sedang duduk di depannya sibuk memikirkan dan membuat tafsiran tentang dirinya. Adakah pertemuan ini akan berterusan?

"Pertama kali bertemu, kamu menunggu tanda isyarat darinya." terang Man.

"Walaupun hanya sebuah senyuman, ia boleh jadi satu tanda isyarat yang baik," sokong temannya.Apis.

Apa yang Perlu Dibantu

Jika kamu sukakan dia, beritahunya dengan cara berkias, Misalnya, "Saya suka tengok rambut kamu" atau "Wah! Kamu nampak handsome hari ni" atau apa saja yang berkaitan dengan dirinya. Percayalah, dengan puji-pujian seperti itu akan menambahkan lagi keyakinan pada dirinya.

6. Isu wang Timbul

Sekarang timbul isu yang agak sensitif. Perbualan terbantut di meja makan. Tiba-tiba dia jadi tidak berminat untuk meneruskan perbualan. Adakah tadi aku memesan makanan sebegitu banyak? Keliru dan berserabut. Dia tahu, jika dia mencadangkan memesan air kosong sahaja tentu nampak sangat pilihan menu itu, yang paling murah. Nanti apa pula tanggapan kamu?

"Saya keluar date dengan seorang gadis yang boleh berdikari dan nampaknya memang tidak terlalu mengharapkan orang lain. Dan saya tidak mahu melarangnya untuk menyusahkan diri dalam soal membuat bayaran," kata Lan. "Jadi bila waktu bayar, saya berkata, "Kita ada dua pilihan: Saya boleh bayar dan kamu boleh beri separuh atau kamu boleh belanja saya di lain kali,"

Apa Yang Perlu Dibantu

Pastikan perkara ini jelas sebelum date bermula. Hanya katakan sesuatu seperti ini,"Perlukah saya membawa duit lebih dari Rm50 untuk malam ini?" Ini memberinya peluang untuk berkata, "Oh tak perlu. Saya belanja" atau jelaskan padanya bahawa kamu sendiri yang akan membayarnya.

APA TEMAN LELAKI MAHU KAMU LAKUKAN

  • Bersederhana dalam penampilan ataupun perbualan. Sesekali kamu boleh berlagak bagai kanak-kanak sekadar penyeri hubungan.
  • Sesuatu yang boleh kamu selesaikan sendiri, jangan harapkan orang lain membantu. Buktikan kemampuan.
  • Seandainya kamu merajuk atau ingin menangis, tanyakan pada diri sendiri, apakah punca yang menyebabkan kamu jadi begitu? Adakah ia sesuatu yang hebat?
  • Berbuallah dan bertindak secara orang dewasa.
  • Berani menyuarakan isi hati walaupun ianya sesuatu yang pahit atau manis. Tunjukkan kamu juga boleh seperti orang lain.

(huh..penah betul menaip, aku surrender Ally..xpandai taip2 panjang2 mcm ko..hehe)


Read more...

Suami mithali idaman isteri

Thursday, January 29, 2009 | 17 Comments

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.





1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.



Read more...

Wanita oh wanita...

Thursday, January 29, 2009 | 0 Comments

Kelebihan kepada wanita hamil, bersalin dan menyusukan anak yang Allah berikan:

1. Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Rasulullah saw menyebutkan bahawa 2 rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita hamil membawa janin di dalam perutnya diaman janin itu turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan2 solat dan sujud bersama........


3. Wanita hamil medapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadaha di malam hari.
4. Rasulullah saw mengatakan bahawa wanita hamil akan memperoleh pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan ibu yang hamil membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga ia layak mendapat pahala di sisi Allah.
5. Pahala wanita bersalin. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya diberikan ganjaran satu pahala haji.
6. Rasulullah juga menyatakan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
7. Wanita yang menyusukan anaknya dengan susu badannya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikan.
8. Wanita yang menyusukan anaknya yang menangis akan diberikan ganjaran satu pahala solat dan puasa.
9. Kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 21/2 tahun maka malaikat di langit akan menyampaikan berita bahawa syurga wajib baginya.
10. Seorang ibu yang menghabiskan masa malam dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anak yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hmba dan akan diampunkan Allah seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.




Read more...

About